TERMA & SYARAT : PEKEJ CL PENJAGAAN IBU & BAYI SEMASA BERPANTANG / SELEPAS BERSALIN

HARGA PEKEJ CL : PENJAGAAN IBU & BAYI SEMASA BERPANTANG / SELEPAS BERSALIN
Assalamualaikum, salam sejahtera, 
Bagaimana persediaan menyambut si comel anda? sudah sediakah semuanya? Insyallah, kali ini Bonda turut sediakan pekej Penjagaan Ibu selepas melahirkan (berpantang). 
“Post-Natal care services (confinement care) and mobile spa services at the comfort of your own home” Khidmat rawatan selepas bersalin secara tradisional Melayu serta perkhidmatan Spa & Salon terus di rumah anda.
Semua CL dan juruterapi adalah graduan di bawah Program The Walking Beauty. Bagi ibu-ibu yang ingin dapatkan khidmat CL dan spa, servis penjagaan ibu berpantang dan spa mobile boleh terus hubungi bonda di talian 012-5852034 untuk konsultasi
Untuk tempahan awal / pertanyaan sila hubungi Bondamiza di talian :

012 5852034
Nyatakan nama, lokasi berpantang dan jangka / tarikh bersalin Anda
Kami punyai ramai CL dan terapi di Seluruh Malaysia. Berikut adalah pilihan pekej CL penjagaan ibu berpantang yang ditawarkan : 
Sebelum pemilihan pekej dibuat, ibu diharap dapat memahami syarat dan keperluan yang diperlukan.
Nota Khas TERMA & SYARAT: Pekej Penjagaan Berpantang Pelanggan : 
A) Tempahan awal (1-3 bulan sebelum tarikh jangka bersalin ) amatlah digalakkan. 
B) Setiap sesi dibuat secara lawatan harian atau berselang bergantung kepada jenis pekej yang diambil dan persetujuan bermasa pelanggan dan CL.
C) TEMPOH SERVIS : Masa servis bergantung kepada pekej yang dipilih.
Kebiasaannya antara 1 hingga 4 jam. Pengiraan selepas tempoh masa servis kebiasaan akan dikira (OT) caj lebih masa berkadaran RM15/ jam.

D) KOS PENGANGKUTAN / MOBILE & TOL : Setiap pakej, kos perjalanan adalah RM15.00 sehari. Kos mobile tadi belum termasuk kos tol sekiranya perlu menggunakan khidmat lebuhraya bertol / jambatan berbayar. 

Untuk pekej utara sahaja :

Bagi pekej lengkap 7 hari dan ke atas diberikan percuma kos mobile petrol sejauh 30km pergi balik. Kos belum termasuk kos tol / jambatan berbayar.

Perkhidmatan melebihi jarak 30km (pergi / balik) dari lokasi CL, pengiraan kos perjalanan seterusnya adalah RM0.70 per/KM pergi balik). Bayaran tersebut akan dikira bersama pekej penuh dan perlu dijelaskan semasa tempahan dan baki akhir dalam tempoh yang diberikan.  
E) BAHAN KEPERLUAN IBU & BAYI : disediakan adalah berdasarkan pekej yang dipilih. Bengkung ibu & bahan keperluan bayi (mandian, minyak, bedong. barut, tungku bayi) hendaklah disediakan sendiri oleh ibu.
F) PENGURUSAN BAYI : servis yang diberikan adalah memandikan, tuam / urutan bayi / memakaikan barut & baju. Harap maklum , Barang keperluan bayi (Sabun, minyak, tungku bayi, barut, besen dan lain-lain) hendaklah disediakan oleh pelanggan. 
G) MASAKAN BERPANTANG : bahan mentah (ikan/ayam/sayur/rempah ratus) untuk memasak hendaklah disediakan/dibeli oleh pelanggan. Bahan masakan akan dimasak (di rumah pelanggan) berdasarkan bahan mentah yang disediakan sahaja. Masakan adalah untuk keperluan seorang ibu, untuk 2 kali makan. Pelanggan hendaklah memastikan bahan (periuk/ belanga/ sudip/pisau/ dapur / gas dan lain-lain) disediakan  dan boleh digunakan untuk memasak. Sekiranya ibu mempunyai masalah untuk menyediakan bahan di atas, sila maklumkan dan perbincangan lanjut dengan pihak Bondamiza / BersalinPlus. 
H) PENGESAHAN TEMPAHAN : tempahan hanya dikira sah setelah bayaran deposit sebanyak 30% dibuat. 
I) PEMBAYARAN PENUH : (termasuk kos mobile – jika ada) hendaklah dijelaskan pada hari pertama (bagi pekej sehari hingga 7 hari) dan dalam tempoh LIMA HARI PERTAMA bagi pekej 10 hari dan ke atas. Pembayaran hendaklah dijelaskan dalam tempohmasa yang ditetapkan. Pihak BersalinPlus berhak untuk memberhentikan servis buat sementara / menamatkan servis sekiranya tiada bayaran dibuat oleh pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan.
J) Pihak kami juga BERHAK UNTUK mengantikan servis yang sama harga sekiranya berlaku kekurangan / kesilapan PEKEJ atau ketiadaan servis berkenaan pada tarikh dijanjikan. 
K) PEMBATALAN TEMPAHAN : SILA AMBIL MAKLUM, DEPOSIT YANG TELAH DIBAYAR ADALAH DIKIRA HANGUS DAN TIDAK AKAN DIPULANGKAN sekiranya pelanggan membatalkan tempahan. Deposit 10% hanya akan dipulangkan semula hanya sekiranya pelanggan tidak dapat menerus servis disebabkan oleh sakit tenat selepas bersalin (dengan pengesahan doktor sahaja) atau kematian pelanggan itu sendiri. 
L) Semua data pelanggan yang berdaftar adalah dijamin kerahsiaannya. ianya hanya digunakan untuk tujuan pendaftaran dan promosi daripada BondaMiza dan BersalinPlus sahaja. 
"Dengan pembayaran deposit, maka pelanggan dianggap bersetuju dengan pekej dan menerima semua syarat di atas tanpa ragu."

Untuk tempahan penjagaan selepas bersalin / konsultasi percuma suplemen Shaklee Seluruh Malaysia, sila hubungi BondaMiza di talian :

(WA/TELEGRAM/SMS/CALL) : 012-5852034

(WA/TELEGRAM/SMS/CALL) : 012-5852034

(WA/TELEGRAM/SMS/CALL) : 012-5852034



BersalinPlus, BersalinMenyusu dan Bondamiza dimiliki sepenuhnya oleh  Bonda Miza Venture (PG0481968-M)

Comments